einz worlds

Berjalan-jalan di Ipoh 2

Di Ipoh ni ada bermacam-macam jenis muzium. Aku cuma pergi lawat di sekitar 'kaki larat berjalan' tak jauh dari hotel. Waktu itu cuaca pun panas terik. Bergelen-gelen peluh keluar, berat badan pun 'kurang 3kg' he..he..he..

Tempat menjadi tumpuan yang dilawati kali ini di Muzium Darul Ridzuan.
Apa yang ada dalam muzium ni, mestilah boleh diteka. Apalagi kalau bukan khazanah lama dan beberapa fosil yang terdapat di Perak.

Di belakang Batman, adalah rangka Perakman, yang ditemui di Lenggong dan merupakan rangka manusia purba yang 'tertua' ditemui di Asia Tenggara. Dah la muzium ni gelap suram-suram, sunyi tak ramai sangat orang, pamerkan pulak tulang mayat purba... ( Tak takot poonnn...).
Nak tau lebih lanjut, cari di Wikipedia laa..

Tapi yang lebih menarik perhatian aku adalah benda yang berada di bahagian luar muzium, bahagian tepi dan belakang muzium ni ada kubu Anti Serangan Udara, dan Kubu Bawah Tanah.
Air Raid Shelter.

Batman pun nak masuk.
 100% konkrit setebal 2 kaki. Zaman tu bom nuklear tak mampu nak beli lagi kot...


Yang ni kubu bawah tanah, macam station Putra LRT pulak. Pihak muzium kunci, tak bagi masuk.
Ramai yang pengsan katanya. ( tak takut pooonn...)

Berjalan-jalan di Ipoh

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,George Town, dan Johor Bahru.

Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.

Kini, "Ipoh" telah berada dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh. Secara sejarahnya, "Ipoh" terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya.

Ipoh is a city located in the Kinta district, and is the state capital and administrative center of Selangor. The city is located about 200 km north of Kuala Lumpur is the fourth largest city in Malaysia after Kuala Lumpur, George Town and Johor Bahru.

The name "Ipoh" taken from the tree "EPU" or more commonly known as "Ipoh tree" with a poisonous sap and used by indigenous peoples for their blowgun darts.

Now, "Ipoh" has been under the administration of Ipoh City Council or Dewan Bandaraya Ipoh, where it has already absorbed the small towns that are around the city such as Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, and Tanjung Rambutan Tambun in Ipoh region. In its history, "Ipoh" is divided into the Old Town and New Town which was broken by the Kinta River in the middle of cities.

Ni antara gambar yang diambil dari bilik hotel tempat aku menginap.





Gambar-gambar ni semuanya dah lama, cuma baru nak dipost ke blog. Ade juga  aku ambil gambar tempat menarik yang aku lawati di Ipoh. Tapi bukan semua orang suka pergi ke tempat-tempat yang aku mahu, contohnya muzium. Ada yang kata barang-barang buruk saja yang dipamerkan. Biarlaa...



 Batu ni keras, tapi macamana boleh penyek...!!?

Macam-macam jenis bahan mentah hasil bumi ada di sini. Dinasour, batu batan, fosil kayu yang jadi batu, petroleum pun ada.

Ke Kuala Rompin, Pahang

Perjalananku bermula melalui Lebuhraya PLUS KL-Seremban. Dari Seremban, jalan yang terpaksa dilalui semuanya jalan utama dan jalan kampung. Sepanjang perjalanan, pemandangan kiri kanan semuanya kampung-kampung, ladang, dan paling banyak ialah hutan. Kepada pemandu wanita, 'berwaspada jika berseorangan'. Masa yang diambil kira-kira 4 jam melalui Seremban - Kuala Pilah - Bahau - Bandar Seri Jempol - Kota Shah Bandar - Tun Abdul Razak - Muadzam Shah - Kuala Rompin.
Pastikan petrol mencukupi kerana ada juga beberapa buah kereta yang tersadai di tepi hutan yang aku lalui. 'Tak dapek den nak nolong ae..'

I started through the KL-Seremban Highway. From Seremban, I traveled all the way main roads and villages. Along the way, view sides of all the villages, estates, and most are forest. To women drivers 'caution if alone'. The time it takes approximately 4 hours via Seremban - Kuala Pilah - Bahau - Bandar Seri Jempol - Kota Shah Bandar - Tun Abdul Razak - Muadzam Shah - Kuala Rompin.

Ensure adequate of petrol because there are also some cars stranded on the edge of the forest that I went through. 'I can't help you ..'

 Aku berhenti sebentar di Bukit Putus, jalan ke Kuala Pilah untuk 'berposing'. Orang kata jangan berenti dekat Bukit Putus, tempat tu 'keras...!'

I stopped briefly at Bukit Putus, the road to Kuala Pilah to take some pictures. People said do not stop near Bukit Putus, where it was 'haunted ...!' 

 Sampai juga ke Bandar Kuala Rompin. Berangin je bandar ni dari pagi sampai tengah malam. Kat sini trade mark diorang Udang Galah & Ikan Layar. Sebab penggemar dan kaki pancing laut suka bergerak dengan bot dari kawasan ini.

Arrived to Bandar Kuala Rompin. It was windy city from early morning until midnight. Lobster & Blue Marlin was their point mark here. This is because fans and sea anglers like to move their bot from this area to the sea.







 
Bersantai di pantai.
Relax on the beach.




 Melihat matahari terbit dari laut. Tak nampak sangat sebab kabus sejuk.
See the sunrise from the sea. Can not see very well because of cold fog.





Bandar Kuala Rompin.




Jeti ke Pulau Tioman.
Jetty to Tioman Island.